Dato Shahaniza Shamsuddin

Ahli Dewan Undangan Negeri

Dun Kuala Sentul, Pahang

PROGRAM ‘CONNECTING THE UNCONNECTED’ DI KAMPUNG MAT DALING

Jerantut – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi Jabatan Penerangan Malaysia akan mengadakan siri program lawatan yang dikenali ‘Connecting the Unconnected’ untuk meninjau kawasan-kawasan yang masih lemah kadar penembusan jalur lebar dan akses internet sekali gus mencari jalan menyelesaikan masalah berkenaan demi memastikan perhubungan komunikasi yang baik dapat dinikmati oleh rakyat seluruh negara.

Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling yang terletak sejauh hampir 100km dari bandar Jerantut, Pahang dipilih menjadi lokasi pertama bagi program ini memandangkan masalah penduduk menggunakan kemudahan telefon mudah alih dan akses internet menyukarkan komunikasi penghantaran dan penerimaan data, gambar dan maklumat.

Program dilaksanakan secara konvoi bersama program Jejak Pahlawan 3 anjuran Chukai Adventure Team (CAT) mulai 15 hingga 17 Mei 2015 dan disertai hampir 150 orang terdiri daripada pegawai dan anggota KKMM, Jabatan Penerangan, JASA, SKMM, FINAS dan ahli CAT dengan menggunakan 40 buah kenderaan pacuan empat roda.

Konvoi yang diketuai oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia turut disertai oleh Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM, Dato’ Mohid Mohamed Timbalan Ketua Setiausaha KKMM dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Dato’ Sri Halim Shafie. Turut sama menyertai konvoi adalah Dato’ Shahaniza Shamsuddin, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Pelbagai pengisian aktiviti telah diadakan sempena lawatan program ‘Connecting the Unconnected’ antaranya perasmian program Jejak Pahlawan 3 anjuran CAT, perasmian Mini Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) anjuran SKMM, makan lauk kawah daging kerbau bersama penduduk kampung, perlawanan bola sepak persabahatan di tepi sungai, tayangan Layar Bestari dan persembahan artis Pentarama serta Datuk Hattan yang turut sama menyertai konvoi ini.


Diterbitkan pada:

23 Nov 2015

Oleh:

Admin