Dato Shahaniza Shamsuddin

Ahli Dewan Undangan Negeri

Dun Kuala Sentul, Pahang

Lawatan ke Dewan Undangan Negeri Sarawak

Program lawatan ke Dewan Undangan Negeri telah diadakan pada jam 2.00 petang bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya. Rombongan terdiri daripada exco serta kakitangan SABERKAS Negeri dan diketuai oleh YB Abdullah Bin Haji Saidol selaku Setiausaha Penganjur. Antara pengisian program adalah taklimat oleh YBhg.Datuk Amar Haji Awang Asfia Bin Haji Awang Nassar selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak serta lawatan ke sekitar kompleks termasuklah dewan persidangan. Turut hadir adalah YB Dr. Haji Rahman Bin Junaidi, Setiausaha Agung SABERKAS.


Diterbitkan pada:

16 Mar 2015

Oleh:

Admin