Dato Shahaniza Shamsuddin

Ahli Dewan Undangan Negeri

Dun Kuala Sentul, Pahang

Pelancaran PERWANI Parlimen Temerloh

Maran - YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran melancarkan PERWANI Parlimen Temerloh di Bangunan UMNO Temerloh di Mentakab semalam.
 
 
Hampir seramai 200 orang peserta wanita dari NGO hadir  taklimat dari Pegawai Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pahang. Sebanyak 80 kumpulan kecil PERWANI telah berjaya ditubuhkan dan akan dikembangkan dari masa kesemasa bagi memenuhi sasaran 100 kumpulan PERWANI bagi setiap DUN akan tercapai.
 
Antara lain tujuan PERWANI ditubuhkan bagi mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan serta menjadi mata dan telinga kerajaan dalam mengenalpasti keperluan komuniti setempat.
 
Turut hadir di majlis pelancaran PERWANI Temerloh, YB Senator Roslin j Abd Rahman, Ketua Wanita UMNO Pahang, Puan Juhans Abdul Aziz, Pengerusi MPWK Parlimen Temerloh, Puan Nurul Aini Mohamad, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang, Dato' Siti Rokiah Zabidin mantan Pengerusi MPWK Parlimen Temerloh, serta pemimpin kepimpinan masyarakat setempat.

- See more at: http://pahang-ku.blogspot.my/2014/06/pelancaran-perwani-parlimen-temerloh.html#sthash.2fsjebmi.dpuf


Diterbitkan pada:

06 Nov 2014

Oleh:

Admin